Kini eTiQa Takaful meneruskan komitmennya untuk membantu rakyat Malaysia dengan melancarkan Pelan Perlindungan Terbaru khususnya kepada perniaga dan Anda yang sukakan pelaburan....
Apakah Pelan Perniagaan ini ?
Pelan ini adalah Pelan yang menyediakan Perlindungan iaitu harta merta serta kepada keluarga tersayang jika musibah berlaku kepada ANDA. Selain itu, KARISMA juga menyediakan Pulangan sehingga sepuluh peratus (10%) setiap dua ( 2 ) Tahun kepada ANDA jika ANDA sihat. Sebagai tambahan, ANDA juga akan menikmatiwang simpanan ANDA jika ANDA masih sihat selepas tamat tempoh sijil.
Mengapa pilih nak dapat DUIT POKET hanya ketika SAKIT masuk HOSPITAL?...sedangkan anda akan dapat DUIT POKET lebih dari RM2,000 setiap 2 tahun ketika SIHAT BEKERJA yang diberi oleh eTiQa Takaful ? Jangan Berlegah lagi Hubungi saya sekarang untuk mendapatkannya...:)
p/s 1 : Quotation perniagaan di bawah berdasarkan umur peserta 35 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan Rm50,000 hingga Rm200,000 setahun.
p/s 2 : Pelan ini juga memberi peluang kepada Anda untuk memulakan pelaburan untuk masa hadapan di samping mempunyai perlindungan PERCUMA.
Setiap individu mempunyai impian kereta mewah, rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara.
Sebagai individu yang bijak anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik. Namun ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.
Mengikut statistik, 19 orang dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian.
Dengan Harmoni, anda boleh menarik nafas lega memandangkan kewangan mereka yang anda sayangi terjamin.
Pengenalan Pelan
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 14 hari hingga 60 tahun sahaja.
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.
Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan.
Pengeluaran Dana Pelaburan Peserta ( DPP ) Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat )
* Permohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang Pengeluaran. Borang ini boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang berhampiaran dengan anda atau dari perunding kami yang berdekatan dengan anda
Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:
Manfaat kematian
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Pulangan tunai ketika sijil matang
Manfaat kematian
Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai
Pembayaran Manfaat kematian Manfaat kematian biasa dan kematian akibat kemalangan
Jumlah perlindungan + Dana Pelaburan Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan( sebelum usia 65 tahun )
Manfaat ini akan dibayar sekaligus jika manfaat perlindungan bersamaan atau kurang dari satu juta ( Rm 1,000,000 ) kepada peserta .
Manfaat hanya akan dibayar secara berperingkat jika jumlah perlindungan melebihi Rm 200,000 dan umur peserta akan datang kurang dari 5 tahun seperti berikut:-
Tahun pertama : 20% dari jumlah perlindungan + Jumlah Simpanan Peserta + Keuntungan dari Akaun Peserta
Tahun kedua : 40% dari Jumlah perlindungan
Tahun ketiga : 60% dari jumlah perlindungan
Tahun keempat : 80% dari jumlah perlindungan
Tahun kelima : 100% dari jumlah perlindungan
Tambahkan Nilai Pelan Anda
Sekiranya anda ingin menambah nilai Harmoni dengan lebih perlindungan dan kelonggaran, hanya pilih antara Rider berikut :- 1. Rider Manfaat Kematian dan kecacatan Akibat Kemalangan. 2. Rider Penyakit Kritikal 3. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal. 4. Rider Pendecualian Sumbangan untuk Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal. 5. Rider Manfaat Tunai Hospital. 6. Rider Medic Save. 7. Rider Indemniti Kemalangan. 8. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga. 9. Rider Bertempoh. 10. Rider Tambah Nilai Tetap.
Kaedah Pembayaran seperti berikut :
* Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan.
Pembahagian Yuran prestasi dan insentif.
* Yuran Prestasi daripada lebihan di dalam Dana Risiko Peserta.
Peserta : 50% eTiQa Takaful : 50%
* Yuran Insentif daripada keuntungan Pelaburan di dalam Dana Pelaburan Peserta.
Peserta : 85% eTiQa Takaful : 15%
Siapa yang boleh menyertai:
a) Umur dari berusia 14 hari hingga 60 tahun. b) Sumbangan minima RM70.00 sebulan.
Untuk Maklumat Percuma : Sila hubungi : Advisor Takaful Anda Nama : Roszaiha Binti Mohd Som Telefon : 016 6867847 Email : roszaihams@gmail.com
Dengan kesungguhan etiqa Takaful dalam membantu rakyat Malaysia menunaikan umrah & haji, maka terlancarlah satu produk bagi merealisasikan impian umat islam untuk menunaikan Haji dan Umrah. Iaitu Produk Mabrur.
Masalah :-
1. Jika daftar hari ini, maka tarikh yg dijangkakan pergi adalah 40/50 tahun akan dtg.
2. Warga emas didahulukan, jadi nama kita akan lagi ke belakang.
3. Simpanan diguna pakai kerana tempoh yg lama.
Jadi penyelesaiannya adalah dengan wujudnya satu kaedah yg boleh membantu kita menunaikan tanggungjawab Haji dengan cepat dan efektif. Yang paling penting sekali semuanya bermula dengan niat kita. Insya Allah dipermudahkan..
Kenapa anda perlu menyertai produk Haji dan Umrah eTiQa Takaful :-
1. Pendaftaran @ Pembukaan Akaun Tabung Haji percuma untuk anda.
- Tidak perlu bersusah payah ke Tabung Haji, tidak perlu tunggu berjam-jam lamanya untuk tunggu giliran, Mula sahaja anda daftar di Etiqa Takaful, maka Syarikat Etiqa akan bukakan akaun Tabung Haji untuk peserta.
2. Kami realisasikan impian Anda dengan Pendaftaran Haji selepas genap tahun ke 3 (Automatik) - Sama juga tidak perlu ambil no giliran untuk mendaftar Haji. Kami (eTiQa Takaful) akan daftarkan Haji secara automatik.
3. Bayaran Tunai Tetap sehingga 123% akan dikreditkan terus ke akaun tabung haji anda. - Ini berdasarkan Jumlah Asas Perlindungan dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun Tabung Haji Anda setiap tahun selepas tahun ke 3. Pergi Haji dengan duit bonus sahaja.
4. Elaun Haji
- Kami beri Anda duit poket sebanyak Rm1000.00 ketika anda ingin menunaikan haji.
5. Elaun Umrah. Tunaikan Umrah pun kami akan beri duit poket sebanyak RM 1,000.00. * Haji dan Umrah mestilah dilakukan BUKAN pada tahun yang sama.
6. Elaun Penjagaan Anak.
- Kami beri duit lagi sebanyak Rm1000.00 untuk anak yang ditinggalkan ketika anda di Tanah suci. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.
7. Manfaat Ihsar.
- Apabila Anda dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji/Umrah akibat tidak sihat, Manfaat sehingga RM 1,000 dan akan dibayar balik untuk kos penyembelihan haiwan.
8. Manfaat Badal Haji - - Kami sediakan sebanyak RM 3,000.00 untuk upah haji jika Anda tidak sempat menunaikan haji. Harga terkini untuk Upah Haji adalah RM 1,500.
9. Kos pengebumian. - Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM 1,000.00.
*** Ini semua tidak termasuk lagi dengan nilai wang simpanan Anda di dalam akaun Tabung Haji & eTiQa Takaful. Ini kerana kedua-dua akaun tersebut akan diberi dividen tahunan.
*** Segala sesuatu bermulanya dengan niat, selagi mana anda berniat untuk melakukan kebaikan dan berusaha kearahnya, Insya Allah anda akan dapat. Mungkin anda masih lagi perlukan beberapa penjelasan, jangan risau dan khuatir kerana saya sedia membantu anda..
Untuk Maklumat Percuma : Sila hubungi : Advisor Takaful Anda Nama : Roszaiha Binti Mohd Som Telefon : 016 6867847 Email : roszaihams@gmail.com
Ramai orang menganggap perlindungan pendapatan sebagai sesuatu yang tidak perlu.
Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perlindungan pendapatan?
Perlindungan pendapatan adalah satu proses dan strategi yang dirangka dengan menggunakan sumber kewangan kita sekarang untuk mencapai matlamat jangka masa sederhana dan panjang dengan mengambil kira risiko pasti dan tidak pasti.Sebagai contoh, kematian, kemalangan dan hilang upaya kekal.
Bayangkan, jika anak-anak yang di tinggalkan masih kecil? Jika keadaan terdesak, adakah mereka akan membuat pinjaman daripada individu yang tak bertauliah? Selalunya kita beranggapan, bila hari itu tiba, pandai-pandai lah mereka teruskan kehidupan.Betul!!
Bagaimana takaful boleh membantu?
Ini kerana betapa berhati-hatinya kita dalam menjalani kehidupan, kita tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan risiko seperti kemalangan. Takaful telah direncanakan untuk melindungi pendapatan dan harta kita.
Matlamat kita sekarang adalah untuk mendapatkan takaful yang sesuai bagi setiap perkara utama seperti kehidupan, kesihatan, kecacatan, kekayaan dan tanggungan.
Oleh itu, pastikan supaya semua aset kita dan keluarga dilindungi takaful oleh takaful secukupnya.
Akhir sekali, Sebagai contoh kalau dengan Rm250 anda dapat SETENGAH JUTA ok tak?
Contoh Quotation
Ahmad = Umur 30 Tahun. Pendapatan dan Aset = Rm500,000.00 Caruman Bulanan = Rm250.00 sahaja.
Hubungi sekarang untuk tambah nilai duit anda..
* Boleh terus call, sms, whatsapp dengan taip" perlindungan pendapatan" dan hantar ke 016 6867847
*** Kami tahu apa yang terbaik untuk rakyat malaysia kerana eTiQa dilahirkan di sini ***
TAKAFUL
TAKAFUL MERUPAKAN SUATU KONSEP PERLINDUNGAN KEWANGAN BERLANDASKAN SYARIAH, DI MANA ELEMEN SALING MENJAMIN, BANTU-MEMBANTU DAN EHSAN MENJADI FAKTOR PENTING DALAM AQADNYA.
Roszaiha Binti Mohd Som
Perunding Kewangan eTiQa Takaful
H/Phone : 016 6867847/ 016 8058331
Assalammualaikum dan salam sejahtera saudara semua,
Selamat datang ke laman info eTiQa Takaful. Ia dibina khusus untuk para pelanggan atau bakal pelanggan yang ingin mencari maklumat tentang produk dari eTiQa Takaful ( KELUARGA ). Laman ini akan memberi info tentang produk, cara-cara mencebur diri sebagai usahawan takaful . Sudi-sudikan memberi pendapat anda.
Segala maklumat yang saya masukkan ke sini akan dipastikan mudah untuk difahami… insyaAllah! Saya akan update dari semasa ke semasa... atau untuk anda yang lebih selesa dengan blog jenguk-jenguklah blog saya di SINI... Layarilah... saya pasti, anda akan temui segala apa yang anda mahukan di sini...
P/S : Saya adalah seorang penasihat kewangan di bawah agensi yang mewakili eTiQa Takaful. Kepakaran saya adalah membantu anda merancang pelan jaminan kewangan keluarga berkonsepkan islamik bagi menjamin keperluan masa hadapan anda dan keluarga tersayang.
Saya yakin sebaik saja anda membuka website ini, perkara pertama yang anda fikirkan ialah INSURANS / TAKAFUL... dan saya percaya kebanyakan dari kita masih mempunyai kesedaran yang rendah terhadap peri pentingnya perlindungan Takaful, terutama dari kalangan orang Melayu kita.
Persepsi kebanyakan dari kita sangatlah negatif terhadap perlindungan Takaful. Saya sangat berharap agar anda tidak begitu.
Kebanyakan dari kita mungkin tidak sedar akan perkara ini. Kepada Anda yang bijak dan bertanggungjawab terhadap kehidupan keluarga pasti memikirkan hal ini.
Kenapa perlu Takaful?
Untuk merancang penyelesaian kewangan berpandukan kaedah-kaedah yang diharuskan syarak sewaktu peserta ditimpa musibah kemalangan, penyakit ataupun kematian.
Takaful bukanlah semata-mata meninggalkan harta untuk dimanfaatkan oleh waris, tetapi bagaimana harta itu diagihkan dan digunakan akan memberi kesan kepada si mati yang meninggalkan harta tersebut.
Setiap isi keluarga mempunyai keperluan dalam meneruskan kehidupan dan pada kebiasaannya ketua keluarga bertanggungjawab menyara keperluan tersebut.
Beberapa persoalan...
1. Jika anda merasa cukup terbeban ketika ini, adakah waris anda akan menjadi lebih senang setelah anda ‘tiada’ nanti?
2. Andainya anda sudah selesa sekarang ini, adakah anda yakin waris anda juga akan selesa selepas ‘ketiadaan’ anda nanti?
3. Sekiranya anda merasa pasti akan ‘meninggalkan’ waris dengan kesenangan, namun begitu adakah anda pasti kesenangan yang anda tinggalkan itu menepati syarak?
4. Sekiranya tidak, dapatkah anda bayangkan apa yang bakal anda hadapi di alam barzakh kelak?
Seandainya sesuatu terjadi kepada penyara keluarga tersebut (misalnya ditimpa kemalangan, kematian, sakit dll), maka seisi keluarga akan menderita.
Apakah tindakan yang mesti dilakukan oleh penyara keluarga tersebut untuk menghadapi masalah yang bakal dihadapi oleh keluarganya?
1. Mula merancang untuk mencipta HARTA PUSAKA dengan seberapa segera.
2. UTAMAKAN mencipta harta pusaka yang MENEPATI KEPERLUAN dan SEBOLEH MUNGKIN ELAKKAN menepati kemampuan.
3. Dapatkan pengendali Takaful yang berteraskan 100% kepada hukum syarak dan mempunyai pelan yang seiringan dengan hukum FARAID (cth: Borang Cadangan Hibah).
4. Rancanglah sebaik mungkin agar harta yang kita tinggalkan tidak menjadikan kita diazab di alam barzakh kelak – berbincanglah dengan perunding Takaful yang faham tentang FARAID.
Dengan menyertai PELAN TAKAFUL, peserta dapat mencipta suatu perlindungan kewangan sebagai mengganti kehilangan pendapatan untuk suatu tempoh tertentu. Oleh itu, marilah kita peruntukanlah antara 10% - 15% dari Pendapatan bulanan Anda untuk Perlindungan Takaful kerana ianya dapat melindungi Pendapatan yang kita sekarang sebelum kita kehilangannya. *** KESUSAHAN YANG SEBENAR BUKANLAH SEMASA KITA TIADA WANG, TETAPI SEMASA KITA TIDAK MAMPU LAGI MENCARI WANG ***
FAKTOR KENAPA RAMAI ORANG MEMILIH eTiQa Takaful : SIMPANAN DAN PELABURAN
3.Diiktiraf Dunia Memenangi Kategori Pemasaran Takaful Terbaik di London.
4.Majlis Pengawasan Syariah Diketuai Oleh Dato' Dr. Harussani
5.Kadar Pulangan yang Tinggi
6.Dana Pelaburan boleh ditukar Pada Bila-Bila Masa
7.Melabur Untuk Dana Persaraan
8.Simpanan Boleh Dikeluarkan Selepas Tahun Ke 2 Tanpa Menjejaskan PERLINDUNGAN
9.Amal Jariah Secara Berterusan
10.Keuntungan Di Zakatkan.
Jika Hari ini Anda Mula Bekerja
Maka Hari Ini Jugalah Anda Perlu Melindungi
Pendapatan Anda Untuk Hari Esok
JIKA HARI INI KITA SIHAT…KITA MASIH MAMPU MEMBERI NAFKAH KEPADA KELUARGA KITA..
BAGAIMANA DENGAN ESOK DAN HARI YANG MENDATANG ?
TETAPI YAKINKAH KITA BAHAWA KITA AKAN SIHAT SEPERTI YANG KITA HARAPKAN
KELUARGA KITA KINI MASIH BERGANTUNG HARAP DENGAN KITA, BETUL??
JIKA KITA DILANDA MUSIBAH …..
JIKA DITAKDIRKAN KITA MENINGGAL DUNIA…. APA YANG KITA TINGGALKAN UNTUK WARIS KITA??
SAYA YAKIN DAN PERCAYA ANDA SANGAT SAYANG DENGAN KELUARGA ANDA.
SAYA PERCAYA ANDA SEORANG PEKERJA YANG SANGAT RAJIN DEMI KELUARGA ANDA….
TAPI PERSOALANNYA SEKARANG APA YANG ANDA SUDAH LAKUKAN UNTUK MEREKA ??
Jika Anda Belum memiliki Perlindungan Pendapatan Anda, biar kami yang menguruskannnya untuk anda. Mudah sahaja! Dengan hanya kurang dari RM4.00 sehari anda sudah boleh memiliki Pelbagai Pelan Perlindungan Dengan eTiQa Takaful
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Risiko Terlalu Hampir Dengan Kita...
Persidangan Jawatan Kuasa :
Fatwa 1979 memutuskan bahawa Insurans adalah HARAM kerana ia;
Mengandungi unsur gharar,judi dan riba (RUJ. JAKIM: 4000/1/3J1D)
" Renungkan seketika "
Kita telah membuat Simpanan untuk anak-anak dan famili tersayang.
Bayangkan jika terjadi sesuatu pada kita nanti, sekurangnya Etiqa Takaful akan membayar
sejumlah pampasan kematian kepada famili kita sebanyak yang kita ambil
walaupun baru seminggu kita menyertai pelan ini.
Tak payah lagi menunggu bertahun tahun untuk menyimpan duit sebanyak itu.
Contohnya rm50,000. Pada pendapat anda, adakah mereka akan meminta-minta keatau tidak?
" Renungkan seketika "
"Jika anda masukkan Takaful ini dalam perbelanjaan anda, ia merupakan yang
termurah jika dibandingkan dengan semua perbelanjaan lain, tetapi jIka
sesuatu terjadi kepada anda, dalam sekelip mata, bil Takaful ini akan
membiayai segala perbelanjaan yang diperlukan tahun demi tahun".
"Renungkan seketika"
"Tahukah anda anggaran kos pendidikan 15 tahun akan datang!. Katakan dalam
tempoh itu (15 tahun) anda perlukan RM40,000 untuk pendidikan anak
kesayangan anda.Jadi anda perlu menyimpan RM200 sebulan tanpa henti. Andai
sesuatu terjadi pada anda, anak anda hanya mendapat apa yang anda simpan sahaja.
Tetapi di Takaful, anak anda pasti mendapat RM40,000 untuk penuhi keperluan
asasnya makan, pakaian, kenderaan, buku-buku dan sebagainya.
Untuk Maklumat Percuma :
Sila hubungi : Advisor Takaful Anda Nama : Roszaiha Mohd Som Hand Phone : 016 6867847 Email : roszaihams@gmail.com