CALL/SMS/WHTSP : 016-6867847

Waktu yg sia sia



Waktu kebersamaan sesama kita tidaklah lama, tidaklah panjang. Suami dengan isteri, sesama rakan, anak-anak dan ibu bapa, malah sesiapa sahaja jika diperhatikan pastilah kita sedar waktu kebersamaan itu sebenarnya tidaklah lama.

Jika dalam tempoh perjalanan memakan masa enam jam, apa yang berlaku dan dilakukan dalam tempoh berkenaan? Jika enam jam itu dipenuhi dengan senda gurau dan hubungan yang baik, maka tentunya ia lebih berfaedah. Jika enam jam itu dihabiskan dengan dendam dan marah, maka ia akan berakhir di situ sahaja. Enam jam itu menjadi sia-sia dan tidak berharga.

Biarpun seorang sahabat hanya sempat bertemu tiga jam sahaja, tetapi tiga jam itu dimanfaatkan sebaiknya, maka alangkah manis dan indahnya saat pertemuan itu. Tetapi bayangkan jika pertemuan tiga jam itu diungkitkan peristiwa hitam dan dilepaskan nafsu marah dan kebencian, maka hubungan itu akan sia-sia sebegitu sahaja.

Ketika Allah memberikan ruang, usah dibuang nikmat waktu kebersamaan itu, seperti juga usah dipersalahkan seseorang atas kesuntukan waktunya, atas kelapangan waktunya, ia semua milik Allah.

Faham dan mengertilah untuk tidak kita sia-siakan waktu kebersamaan yang Allah berikan kepada kita.

Faham?

Amanah

Tajuk pertama untuk blog entry ini adalah tentang amanah...

Apabila membaca entry tentang AMANAH, terasa gusar mahu membacanya. Bukan apa, kerana amanah itu terlalu berat untuk kita bawa. Allah tahu manusia itu lemah, tetapi atas kelemahan dan ada sedikit kekuatan itulah Allah anugerahkan amanah kepada manusia.

Amanah ada pada setiap waktu dan keadaan dalam hidup insan. Amanah sebagai seorang ibu, seorang anak, seorang guru, seorang petani, seorang ketua, seorang bapa dan atas apa jua posisi, amanah itu sering berantaian tanpa putus di pundak bahu kita.

Jangan ringankan amanah ALLAH, jangan ringankan amanah RASUL kerana itulah yang utama kita sempurnakan. Amanah kepada makhluk juga terlalu banyak, pada amar makruf dan nahi mungkar, pada kewajipan keluarga dan kewajipan tugasan, semuanya adalah amanah.

Malah pada setiap anggota badan kita juga ada amanahnya, ada amanah yang perlu dibereskan.

"Sesungguhnya pada pendengaran kamu, penglihatan kamu, dan hati kamu semuanya akan dipertanggungjawabkan" (Maksud al-Quran)


 AMANAH...
Roza Shop. Powered by Blogger.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Facebook

Responsive Ads Here