” ETIQA TAKAFUL ini senang sangat la buat claim. Sekali swap MEDICAL CARD settle beribu-ribu bil hospital. Cuma bab claim ELAUN HOSPITAL ini lambat sikit. Nasib baik ada ejen settlekan!”
~~Saiful Baharin, pelanggan ETIQA TAKAFUL HAYAT.
” Cermin kereta PECAH! Nasib baik ETIQA TAKAFUL cover! Nak tambah rider WINDSCREEN pon senang. “
~~Rabiatul Adawiyah, pelanggan ETIQA TAKAFUL KENDERAAN.
Brand ETIQA bukan lagi asing bagi masyarakat di Malaysia, malah syarikat tempatan ini sudah melebarkan sayap ke negara jiran seperti di SINGAPURA, INDONESIA & BRUNEI. Seringkali bila kita mendengar ETIQA, rata-rata rakyat Malaysia tahu Syarikat ETIQA menawarkan servis perkhidmatan perlindungan DIRI, KELUARGA, PENDIDIKAN, IBADAH HAJI & UMRAH, PERSARAAN dan banyak lagi.
……..AMARAN!! JANGAN PERCAYA SEGALA ARTIKEL DIBAWAH KALAU ANDA BELUM CUKUP PAHAMM!
9 FAKTA ANDA WAJIB TAHU TENTANG ETIQA:
1. Sejarah ETIQA bermula pada 2005 apabila Maybank Ageas, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad & Takaful Nasional Sdn Bhd. Pada penghujung 2007, lahirlah Etiqa, syarikat insurans korporat terkemuka di Malaysia.
2. ETIQA TAKAFUL & ETIQA INSURANS beroperasi dalam pengurusan sistem yang berlainan walaupon dibawah payung syarikat yang sama.
3. Mempunyai barisan ahli jawatankuasa pemantaun syariah bagi memastikan segala pengurusan dijalankan selari dengan prinsip dan hukum syarak. (klik sini)
4. Disokong oleh bank terbesar di Malaysia iaitu MAYBANK. Keutuhan kewangan Etiqa menjadikannya lebih bersedia untuk menjadi syarikat takaful & insurans terunggul di Malaysia.
5. ‘‘Best Takaful Marketing’ di International Takaful Awards 2008 di London, ‘Most Outstanding Takaful Company’ di Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2008 and , anugerah ‘Best Brand in Services – Insurance and Takaful’ di Brand Laureate Award Night 2009 di Kuala Lumpur dan anugerah ‘Best Bancatakaful’ di International Takaful Awards 2009 di London.
6. Pada hari ini, Etiqa menawarkan produk insurans dan takafulnya melalui pelbagai saluran seperti melalui 23,000 tenaga agensinya, 30 cawangan insurans dan takafulnya, lebih daripada 450 cawangan Maybank, ATM dan bank-bank pihak ketiga dan ini secara langsungnya menyediakan kemudahan sepenuhnya kepada para pelanggan.
7. Keuntungan sebelum cukai Maybank Ageas Holdings Bhd melonjak 34 % kepada RM810.3 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 daripada RM604.4 juta pada tempoh sama 2015.
8. TERKINI– ETIQA membuktikan kekukuhan dan kepimpinannya dalam industri dengan aset keseluruhan bernilai RM31.9 bilion, premium dan sumbangan kasar gabungan keseluruhan RM5.3 bilion, pendapatan pelaburan RM1.1 bilion serta manfaat dan bayaran tuntutan kasar bernilai RM4 bilion. (Mac 2017, BH online)
9. Etiqa telah pun berada di kedudukan teratas untuk perniagaan Takaful dengan pegangan pasaran sebanyak 44% pada tahun 2010.
WOW!! TAK SANGKA HEBAT JUGA ETIQA INI, SETANDING DGN COMPANY OVERSEA!
Di Malaysia sudah mempunyai pelbagai syarikat Takaful & Insurans bukan sahaja dr tempatan malah datang dr luar negara. Segala piawaian dan syarat pengeluaran produk perlindungan mestilah selari dengan tetapan daripada BANK NEGARA. Dan yang paling penting dilindungi PIBM merupakan badan yang bertanggungjawab keatas pemegang- pemegang polisi in case mana-mana syarikat insurans ditutup perkhidmatannya.
MANA COMPANY SAYA PATUT AMBIK? COMPANY ETIQA OK KE? KE AMBIK JE DENGAN COMPANY LUAR PUNYA?
Tiada yang beza antara syarikat tempatan mahupun luar negara. Apa yang dititiberatkan adalah keseuaian dengan kemahuan awak je. Semahal dan semurah mana pun premium @ sumbangan kalau xsesuai, silap bulan lapse juga. Jadi, paham betul-betul apa yang ejen offer kat awak, dr segi manfaat dan kelebihan yg awak dapat. So, xrasa rugi bulan-bulan bayar. Kan!

0 comments:
Post a Comment